VISI PKPKM
  • Mewujudkan Pekebun-pekebun Kecil yang mendapat hak yang sah daripada kekayaaan Negara dan menempatkan mereka dalam masyarakat dengan nilai dan maruah diri yang tinggi.

  • MISI PKPKM Meningkatkan sosio-ekonomi pekebun-pekebun kecil dengan cara menjalinkan perhubungan yang baik di antara agensi-agensi kerajaan, swasta dan badan bukan kerajaan (NGO) supaya dapat semua sumber milik pekebun-pekebun kecil digembelingkan secara optimum bagi mempertingkatkan daya pengeluaran, pendapatan dan kualiti hidup mereka selaras dengan Wawasan 2020.

Strategi 1
Memperkukuhkan perhubungan dengan pihak Kerajaan, organisasi- organisasi swasta dan organisasi- organisasi bukan kerajaan.

Pelan Tindakan

Bertemu dan membuat perbincangan dengan Agensi- agensi kerajaan, badan bukan Kerajaan dan Swasta.

Menubuhkan Jawantankuasa- jawatankuasa Kerja bersama jabatan.
Membentangkan kertas-kertas kerja dalam seminar-seminar anjuran agensi-agensi Kerajaan dan Swasta.
Menghadiri mesyuarat-mesyuarat dan seminar-seminar anjuran agensi kerajaan, badan-badan bukan Kerajaan dan Swasta.

Strategi 2
Mempertingkatkan kewibawaan PKPKM dan perkukuhkan lagi perhubungan dengan ahli-ahli, pertubuhan-pertubuhan, institusi-institusi dan penduduk luar bandar.

Pelan Tindakan

Menganjurkan kursus-kursus bagi ahli-ahli PKPKM dengan kerjasama badan-badan yang releven.
Membuat lawatan-lawatan sambil belajar ke pertubuhan-pertubuhan dan institusi-institusi yang ada kaitan dengan pembangunan luar bandar.

Strategi 3
Menjalankan kajian-kajian dan penyelidikan-penyelidikan bagi mendapatkan maklumat-maklumat berkenaan keadaan, keperluan, kehendak, potensi dan masalah-masalah yang dihadapi oleh pekebun-pekebun kecil.

Pelan Tindakan

Mengedarkan kertas-kertas soal selidik kepada pekebun-pekebun kecil untuk mendapatkan maklum balas.
Buat analisis terhadap data yang dikutip.

Strategi 4
Memberi maklumat kepada pekebun-pekebun kecil tentang kemudahan dan sumber-sumber yang ada pada Agensi-agensi kerajaan, badan-badan bukan kerajaan dan swasta yang boleh digunakan oleh mereka.

Pelan Tindakan

Dapatkan risalah-risalah yang releven daripada agensi-agensi kerajaan, badan-badan bukan Kerajaan dan swasta
Edarkan risalah-risalah tersebut kepada pekebun-pekebun kecil.
Atur majlis-majlis penerangan dan di cawangan-cawangan.

Strategi 5
Gunakan maklumat-maklumat yang diperolehi untuk membuat cadangan-cadangan penggubalan atau perubahan-perubahan dasar Kerajaan yang ada kaitan dengan daya pengeluaran, pendapatan dan kualiti hidup pekebun-pekebun kecil.

Pelan Tindakan

Buat analisis terhadap maklumat-maklumat yang diperolehi.
Adakan perbincangan-perbincangan.
Sediakan kertas-kertas kerja.

Strategi 6
Melaksanakan secara profesional program-program tertentu sebagai "model" dengan kerjasama agensi-agensi kerajaan, badan-badan bukan kerajaan dan swasta bagi meyakinkan pekebun-pekebun kecil.

Pelan Tindakan

Buat perbincangan-perbincangan dengan agensi-agensi Kerajaan, badan-badan bukan kerajaan dan swasta terhadap kaedah perlaksanaan projek- projek tersebut.
Kesan kawasan-kawasan perlaksanaan dengan kerjasama Ketua-ketua PKPKM di negeri.

Strategi 7

Membina keupayaan bagi membiayai program-program pekebun kecil.

Pelan Tindakan

Tubuhkan syarikat-syarikat yang boleh menjalankan usaha-usaha perniagaan.